๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—”๐—จ๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

KOTA BHARU, 12 November 2025 โ€“ Seramai 12 usahawan muncul sebagai penerima Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Negeri Kelantan 2024โ€“2025, selepas menewaskan 58 penyertaan lain yang turut bersaing merentasi pelbagai sektor dan kategori semalam.

Pencalonan kali ini melibatkan 58 individu dan syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik di bawah bimbingan Sektor Keusahawanan MARA.
Program AURA menjadi platform berprestij bagi menonjolkan keupayaan dan ketahanan usahawan MARA dari skala tempatan hingga ke pasaran antarabangsa.

Ia bukan sekadar majlis penghargaan, tetapi medan sebenar untuk membuktikan daya saing dan kemampuan mengurus cabaran dalam dunia perniagaan yang semakin terbuka.

Sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan, antaranya Usahawan Industri Gaya Hidup, Usahawan Industri Automotif, Usahawan Industri Perkhidmatan, Usahawan Industri Pembinaan, Usahawan Industri Makanan & Minuman, Program Khas Usahawan, Usahawan Inspirasi Wanita, Usahawan TVET, Usahawan Lepasan IPMA, Jenama Terbaik, Anugerah Tokoh Usahawan MARA, dan Anugerah Usahawan Ikon Wakaf MARA MADANI.

Anugerah utama Tokoh Usahawan MARA menjadi tumpuan apabila SERI MH UMMI Sdn Bhd diumumkan sebagai penerima, hasil kejayaan mereka terkenal sebagai pengilang dan pembekal produk herba, kosmetik, kapsul tradisional, minuman herba/teh, losyen/minyak ubat dan penjagaan kulit. Selain menjual jenama sendiri, mereka juga menawarkan perkhidmatan OEM untuk usahawan yang ingin membina jenama sendiri.

Antara pemenang lain termasuk KAAB GARMENT (Gaya Hidup), Azam Auto Body Work & Services (M) Sdn Bhd (Automotif), Crystal Timur Computer Sdn Bhd (Perkhidmatan), Vertex Central Industries Sdn Bhd (Pembinaan), Bionutrimax Sdn Bhd (Makanan & Minuman), YUNIKDENTAL Sdn Bhd (Program Khas Usahawan), Adriana Gold Sdn Bhd (Inspirasi Wanita), Amirul Yusoff Resources (TVET), MYR Construction Sdn Bhd (Lepasan IPMA), NAJEEHAH International Sdn Bhd (Jenama Terbaik) dan Klinik Primer Gua Musang Sdn Bhd (Usahawan Wakaf MARA MADANI).

Lebih daripada sekadar pengiktirafan, AURA membuka laluan kepada para pemenang untuk melangkah ke pentas AURA Zon dan Kebangsaan, sekali gus memperkukuh kehadiran usahawan MARA dalam ekosistem ekonomi global.

Majlis AURA 2024-2025 Negeri Kelantan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan semalam serta dihadiri Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Kelantan, Encik Mohd Faedzyal bin Mohamed, Pengarah JAKOA Negeri Kelantan & Terengganu, Encik Kamarul Nazim bin Abu Bakar, menjalankan Tugas Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan MARA, Pengurusan & Subsidiari MARA, Pengawal-pengawal Pusat IPMA dan wakil-wakil Agensi KKDW Negeri Kelantan.