๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง, ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ

IPOH, 28 November 2025 โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini menumpukan strategi kepada pengskalaan perniagaan dan pengantarabangsaan bagi membawa lebih ramai usahawan Bumiputera menembusi pasaran global.

Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari bin Aziz ketika majlis perasmian tersebut menekankan anjakan ini semasa perasmian Program Gerakan Ekoniaga MADANI 2025 di Ipoh semalam.

Menurut beliau, strategi baharu ini dirangka untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan Bumiputera daripada skala mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME), serta membuka peluang untuk menembusi pasaran eksport global.

“Komitmen MARA kini tertumpu pada penyediaan akses pembiayaan yang berkesan serta pembangunan keusahawanan yang berorientasikan pasaran,โ€ kata Encik Zahari.

Beliau turut menambah bahawa penembusan ke pasaran antarabangsa menjadi keutamaan bagi memastikan usahawan Bumiputera mampu bersaing selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI.

Majlis yang dihadiri lebih 250 peserta itu turut menyaksikan penukaran cenderamata sebagai simbolik permulaan kerjasama antara MARA dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).