Pemacu standard, kredibiliti dan daya saing produk usahawan Bumiputera.

Apa itu HALAL MARA?

HALAL MARA ialah inisiatif strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan halal di Malaysia.

Program ini menyediakan bimbingan, latihan, persijilan, serta akses pasaran bagi memastikan produk dan perkhidmatan usahawan bumiputera menepati standard halal, berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Kemudahan disediakan :

  • Membantu usahawan mendapatkan pensijilan halal yang diiktiraf.
  • Meningkatkan kesedaran & pematuhan kepada standard halal.
  • Menyediakan laluan kemasukan ke pasaran hypermarket & eksport.
  • Menyediakan Program Eksekutif Halal & Audit Halal Dalaman yang diiktiraf JAKIM.